Selasa, 6 Oktober 2009

Isu Moral : Budaya Lepak

Budaya Lepak ialah amalan berkumpul tanpa arah tujuan, matlamat, objektif, hala tuju, misi dan visi yang biasanya dilakukan oleh golongan remaja. Mereka biasanya akan memerhati orang ramai yang lalu lalang di situ, kadang-kadang sambil bermain lagu atau menghisap rokok. Adakalanya mereka mengusik gadis-gadis yang lalu dengan bersiul atau gelak ketawa yang berlebihan dengan keadaan yang tidak menentu.
Budaya Lepak, Melepak atau berjemur adalah satu aktiviti yang tidak bermoral dan membuang masa. Budaya lepak menyebabkan meningkatnya kes jenayah juvenil, kenakalan, dan jenayah ringan dan berat dalam masyarakat.
Golongan belia yang terlibat dengan budaya lepak ini mempunyai ciri sosiobudaya tertentu seperti pengangguran, pendidikan tidak kesampaian atau keciciran lebih awal, kehidupan keluarga yang tidak terurus dengan baik, kurang disiplin dan pengawalan diri, mudah terpengaruh, tidak menyukai tugas yang memerlukan tumpuan dan daya usaha, asas pendidikan agama yang lemah, putus asa kerana gagal dalam sesuatu hal yang berkaitan dengan diri sendiri, tidak mempunyai cita-cita yang kuat, kurang rasa tanggungjawab, tidak mampu mengambil cabaran, tidak ada daya usaha, dan mengharapkan orang lain. Mereka banyak menimbulkan masalah dan menjadi beban kepada ibu bapa dan masyarakat umumnya.
Selain itu, sikap ibu bapa yang terlalu mengharap anak-anak dididik sepenuhnya oleh guru-guru di sekolah dan tidak mengambil perhatian yang berat dalam mendidik anak-anak juga merupakan di antara faktor wujudnya budaya lepak. Keadaan rumah yang berkaitan dengan sikap ibu bapa yang mementingkan diri sendiri, sering bertengkar dan berselisih faham boleh menimbulkan ketakutan dan kebosanan di kalangan anak-anak sekaligus membuatkan mereka keluar rumah dan melepak bersama rakan-rakan sebaya. Di sinilah remaja akan terpengaruh dan terjebak dengan pelbagai aktiviti moral yang tidak sihat selain terlibat dengan pelbagai jenis jenayah dek kerana pengaruh atau ajakan rakan-rakan dan keinginan untuk mencuba sesuatu perkara yang baru.
Pengaruh media massa dan elektronik melalui rancangan-rancangan televisyen yang dihasilkan dari Negara Barat yang telah mendominasi hamper separuh daripada slot-slot rancangan televisyen yang disiarkan juga menjadi faktor remaja terlibat dengan budaya lepak ini. Budaya lepak juga dikaitkan dengan isu sosial seperti kecenderungan untuk mencipta identiti baru, kecenderungan kepada kelainan, masalah penggunaan masa senggang, ketandusan wawasan hidup, keinginan melepaskan diri daripada kongkongan keluarga, usaha mendapatkan publisiti, dan manifestasi atau sindrom sosial ketidakupayaan belia menghadapi perubahan dan pemodenan dalam masyarakat yang begitu cepat berubah.
Hari ini aktiviti lepak telah melalui transisi lokasi. Kalau dahulu tempat-tempat awam seperti taman-taman permainan, stesen bas dan kawasan pejalan kaki sering menjadi lokasi utama. Aktiviti sekarang tidak terhad lagi kepada tempat-tempat sedemikian tetapi menular ke lokasi yang lebih ‘eksklusif’ umpamanya seperti pusat hiburan dan cafe bertaraf antarabangsa. Walaupun berlaku transisi, ia masih mengundang pelbagai masalah sosial.
Budaya lepak yang menyaksikan remaja menghabiskan masa di tempat awam seperti kompleks membeli-belah, perhentian bas, taman bunga dan sebagainya masih menjadi agenda yang tidak ada penyelesaian hingga ke hari ini. Mereka juga melepak di pusat-pusat hiburan video dan di tempat-tempat awam sewaktu, sebelum dan selepas waktu persekolahan.
Lepak di kalangan remaja ini pasti dikaitkan dengan isu-isu penyalahgunaan dadah, jenayah meragut, AIDS dan seks bebas serta pembuangan anak. Gejala sosial lepak khususnya di kalangan remaja mendapat perhatian serius kerana ia melibatkan belia di kalangan umur 15 hingga 25 tahun dan pelajar-pelajar sekolah menengah.
Kegiatan melepak jelas tidak berfaedah dan sangat merugikan. Ini dinyatakan dengan jelas dalam surah Al-Ashr:3, yang bermaksud ``Demi masa sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh...''
Sekitar tahun 1991 hingga tahun 1993, budaya lepak mendapat perhatian masyarakat. Ianya dikatakan menular dikalangan pelajar sekolah dan dipandang serius sehinggakan ada kajian mengenai "budaya lepak" oleh pihak-pihak tertentu.
Antaranya hasil dari kajian [Samsudin, 1993] yang menunjukkan perilaku lepak tidak terhad kepada remaja bersekolah malah lebih menular dikalangan yang sudah bekerja. Hasil dari kajian itu juga menunjukkan secara purata remaja menhabiskan masa sebanyak 16.3 jam seminggu dan menonjol dikawasan luar bandar 28.4 jam [Felda] dan 22.4 jam kampung tradisional.

Dari apa yang diperhatikan, budaya lepak yang dulunya dikaitkan dengan remaja dan kini mereka telah bergelar dewasa masih wujud. Cuma lepaknya agak berbeza sedikit. Ramai generasi muda yang telah bekerja dan ramai lagi lapisan masyarakat masih kelihatan duduk berjam-jam lamanya dikedai-kedai mamak sehingga lewat pagi. Wujudnya kedai makan 24jam memberi ruang kepada masyarakat untuk lepak.



Bagi mereka, melepak ini menenangkan fikiran setelah penat bekerja, peluang bersosial dan bertukar-tukar fikiran. Perkataan "lepak" bukan lagi satu perkataan yang negatif bagi mereka, malah sering digunakan. "Jom lepak Ali Maju malam ni" , "Kau free tak malam ni, jom lepak" " Boring la...best jugak kalau dapat lepak" . Tidak keterlaluan jika di katakan yang lepak itu adalah satu bentuk riadah bagi sesetengah pihak sekarang ini. Kehadiran restoran 24 jam merupakan salah satu faktor yang menggalakkan pembentukan budaya masyarakat baru, tempat makan seperti ini telah mengalami evolusinya yang tersendiri.
Kalau yang dewasa melepak, remaja sekarang pula bagaimana? Pada hari ini, kita dapat melihat ramai golongan muda seperti pelajar universiti dan remaja bebas keluar sehingga awal pagi. Kita masih dapat melihat remaja berpeleseran di kompleks membeli belah. Tanpa arah tujuan, berkumpul beramai-ramai menghabiskan masa memerhatikan gelagat manusia lain. Ada juga bentuk melepak yang berbeza seperti berkumpul beramai-ramai dan bershuffle dan juga merempit.
Budaya lepak amat ditakuti kerana boleh memusnahkan masa depan negara. Kebanyakan yang terlibat dalam gejala ini terdiri daripada generasi belia atau golongan muda remaja yang sepatutnya menjadi teras kepada kepimpinan negara. Tanpa tujuan, masa generasi muda belia dibazirkan dengan aktiviti melepak.
Firman Allah s.w.t. dalam surah al-A’as, ayat 1 hingga 5: Demi masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan yang beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kepada kebenaran. Dan berpesan-pesanlah kepada kesabaran.
Bimbingan dan pengetahuan agama yang sedikit di samping kurangnya suasana hidup rukun damai dalam keluarga ataupun pengaruh keadaan di sekeliling yang negatif dan pergaulan yang tidak dikawal merupakan beberapa faktor remaja melibatkan diri dalam aktiviti melepak.


Berbalik semula kepada makna melepak. Sekiranya dikaitkan semula dengan maksud melepak, ianya tidak lagi relevan atau telah disalahertikan. Apakah sebenarnya "budaya lepak"? Bila sekumpulan manusia berkumpul dan berada ditempat-tempat awam yang menjadi tumpuan awam tanpa tujuan tertentu atau tidak melakukan sesuatu perkara khusus selain daripada berbual kosong dan bergelak ketawa sahaja.
Sekarang, setiap generasi muda yang melepak ada tujuan dan alasan mereka. Tujuan mereka ialah untuk berhibur, berkenalan, menenangkan fikiran dan bersuka ria.
Secara keseluruhannya, fenomena budaya lepak yang menjadi tunjang kepada gejala sosial wajar diberi perhatian oleh semua pihak. Ia penting untuk mendapatkan kesejahteraan hidup yang harmoni dan aman damai seiring dengan kemajuan negara. Setiap peringkat umur perlu menghindari amalan melepak tanpa arah tujuan agar masa yang ada dapat dimanfaat dengan sebaik-baiknya.
Golongan remaja pula perlu memperbaiki diri mereka dari segi pendidikan atau kerjaya supaya dapat sama-sama menyumbang kepada pembangunan negara, namun perkara ini pasti tidak akan tercapai sekiranya anak-anak muda terus melakukan perbuatan sia-sia itu.

Adalah wajar sekiranya semua pihak terus cuba mencari resipi untuk mengatasi budaya yang tidak sihat ini. Dalam gerakan ini, program dan aktiviti seperti ceramah, motivasi, bengkel, program Rakan Muda, sukan dan rekreasi, dapat menghindarkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial. Aktiviti-aktiviti komuniti yang boleh menarik pelbagai peringkat golongan perlu dikemaskini bagi menarik penyertaan dan penglibatan aktif di dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Disarankan, pendidikan yang berteraskan agama disemaikan dengan keimanan, akhlak, nilai-nilai murni serta tatasusila ketimuran dari peringkat rendah lagi Semoga dengan cara ini, budaya lepak dapat dibendung daripada terus menular dan bercambah menghasilkan pelbagai gejala social lain. Bersama-samalah kita berusaha kea rah membanteras dan mengelakkanya. Moga usaha sentiasa diberkatiNya.

Isnin, 5 Oktober 2009

Takwin Sek. Agama Permatang Duku

Takwin Sekolah Agama Permatang Duku

JULAI
JUMAAT (10.07.2009)
AMALI YASIN

ISNIN (20.07.2009)
ISRA’ MEKRAJ PERINGKAT SEKOLAH

OGOS
ISNIN (01.08.2009)
MUSABAQAH PERINGKAT NEGERI

RABU (05.08.2009)
NISFU SYAABAN

ISNIN (31.08.2009)
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN


SEPTEMBER
SETIAPHARI (01.09.2009 -> 18.09.2009)
TADARUS AL-QURAN

SABTU (26.09.2009 ) -> AHAD (27.09.2009)
ZIARAH DAN MARHABAN AIDILFITRI

ISNIN - RABU (28.09.2009 -> 30.09.2009 )
UJIAN HAFAZAN AL-QURAN UPKK

Ahad, 4 Oktober 2009

Aishah's Profile

Nama penuh : Andik Aishah Bte Sahalan
Umur: 31 Tahun
Jantina: Perempuan
Status : Berkahwin
Tarikh lahir : 1 Februari 1978
Negara : Malaysia
Negeri atau kawasan: Johor darul Takzim
Bandar: Batu Pahat
Pekerjaan: Cikgu
Hobi dan minat: Membaca Buku,Melancong.
Muzik kegemaran: Pop dan Nashid
Tanda zodiak: Aquarius
Etnik: Asia
Agama: Islam
Bahasa: bahasa Melayu, bahasa Inggeris
Suami : Yuzrizal Bin Othman
Anak-anak: Daniel Hakim ( 5 Tahun )
Dzulaikha Aqilah ( 4 Tahun )
Alamat : No 21 A,Jalan Ria,2-2,Taman Ria 2,83100 Rengit Batu Pahat Johor.

Sek. Agama Permatang Duku

Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1949 menumpang di Sekolah Kebangsaan Seri Setia. Guru besar yang bertugas pada masa itu ialah Ustaz Samad dan Ustaz Misbah bin Wariju tahun 1958 hingga 1982. kemudian digantikan oleh Ustaz Ishak bin Sarif pada 21.07.1983.

Dengan kerjasama penduduk kampung, pejabat agama daerah Pontian, seorang hamba Allah (Haji Addalri ani bin Haji Abdul Manan) telah menhulurkan sumbangan tanah untuk didirikan sebuah sekolah agama banggunan sendiri. Maka pembinaan sekolah tersebut pada tahun 1985.


Setelah siap , maka berpindahlah sekolah agama permatang duku kepada banggunan sendiri pada tahun 1986 diketuai oleh guru besar Ustaz Ishak bin Sarif. Pengelola pada ketika itu ialah Ustaz Adan.


Maka bermulalah sekolah agama permatang duku dengan banggunan sendiri sehingga sekaraNg 2005 dan telah diterajui seramai 8 orang guru besar.

Maklumat Sekolah :
Nama sekolah : Sekolah Agama Permatang Duku
Alamat : PPD 81,Kampung Permatang Duku
Darat82210,Benut,Pontian
Johor Darul Takzim
No Pendaftaran Sekolah : SRANJ / PON / 04046
Nama Guru Besar : Tn. Hj. Baharuddin Bin Hj. Nibak